“Aku benci betul la dengan exam!” keluh seorang pelajar A.
“Eh, kenape kau cakap macam tu?” soal pelajar B mendengar keluhan pelajar A.
“Ye la. Aku sebenarnye suke belajar subjek X ni, tapi sebab exam la buatkan aku tak suke subjek ni. Aku tak suke bile kite kene study, then kene jawab exam. Dah la tu, ganggu niat aku je nak tuntut ilmu. Susah nak ikhlas tau tak!” jawab pelajar A
“Astaghfirullah. Aku rase masalah sebenarnye bukan pada exam tu la A. Aku rase masalah sebenarnye ialah pada cara ko berfikir tu.” balas pelajar B.
Peperiksaan Oh Peperiksaan
Pasti ada yang pernah menyatakan bahawa mereka tidak suka sistem peperiksaan yang dilalui selama. Hujahnya, peperiksaan menyebabkan mereka tidak suka belajar sesuatu subjek dan peperiksaan menyusahkan mereka untuk ikhlas dalam belajar. Peperiksaan menyebabkan mereka “belajar kerana peperiksaan, bukan kerana Allah.”
Pada pandangan saya, kesalahannya bukan terletak pada sistem peperiksaan tersebut, sebaliknya terletak kepada cara berfikir kita semua. Selama ini kita telah dididik dengan sistem peperiksaan semenjak sekolah rendah, sehinggakan secara tidak langsung meletakkan matlamat belajar di sekolah adalah peperiksaan.
Akibatnya, di antara yang sedar bahawa “belajar kerana peperiksaan” adalah niat yang salah benci akan peperiksaan dan berhasrat menentangnya! Kenapa? Kerana risau hal ini menyebabkan para pelajar tidak ikhlas dalam menuntut ilmu.
Kisah Hidup Seorang Imam
Sebelum saya teruskan bicara, ingin saya kongsikan sebahagian kisah hidup Imam Al-Ghazali yang saya petik daripada Wikipedia Bahasa Melayu:
“Setelah tamat belajar di Jurjān, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī pun pulang ke Ţūs pada tahun 470 Hijrah. Dia telah mengikat nota-nota pelajarannya itu di dalam sebuah bungkusan dan kemudian telah bertolak bersama sebuah kafilah. Di tengah-tengah perjalanan, kafilah itu telah ditahan oleh sekumpulan penyamun yang telah merampas harta setiap anggota kafilah itu.
Ketika sampai giliran al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī pula, setiap barang kepunyaannya telah digeledah dan dirampas oleh kumpulan penyamun itu. Ketika penyamun-penyamun itu menyentuh bungkusan nota-notanya, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah berkata, "Ambillah semua yang engkau mahu, tetapi jangan engkau ambil bungkusan ini."
Penyamun-penyamun itu pula telah menyangka yang bungkusan itu mungkin mengandungi harta-harta yang amat berharga. Mereka pun membuka bungkusan itu. Tetapi mereka hanya menjumpai beberapa helai kertas yang sudah bertulis. Mereka pun bertanya, "Apa ini?"
Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah menjawab, "Ini adalah hasil titik peluhku. Kerananya, aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku dapat mendengar, menulis dan memperolehi ilmunya."
Seorang anggota kumpulan penyamun itu telah ketawa dan telah berkata, "Bagaimanakah engkau boleh mendakwa yang engkau telah memperolehi ilmunya? Andaikata kami rampas bungkusan ini, engkau akan kehilangan ilmunya. Ilmu yang tersimpan di dalam beberapa helai kertas bukanlah ilmu yang sebenar!"
Bungkusan nota-nota itu pun dikembalikan kepada al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī. Kata-kata daripada si penyamun itu telah menyebabkan al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī tersedar dan mengubah cara dia berfikir.
Beberapa tahun kemudian, ketika dia mengingati kembali peristiwa ini, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah berkata, "Kata-kata daripada lelaki itu sebenarnya adalah kata-kata yang telah digerakkan (yakni diilhamkan). Allah telah menggerakkannya untuk berkata dengan kata-katanya itu, agar aku dapat menerima petunjuk. Apabila aku sampai semula di Ţūs, aku telah bekerja keras selama tiga tahun, sehingga aku telah berjaya menghapal segala yang telah aku tulis."
Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī juga telah berkata, "Sebaik-baik nasihat dan teguran yang telah menyebabkan aku mengubah cara aku berfikir, telah datang daripada seorang penyamun jalanan!"”
Kisah penuh di http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali.
Peperiksaan Mengganggu?
Menarik bukan kisah ini? Adakah pembaca sekalian dapat melihat kesamaannya dengan sistem peperiksaan hari ini? Saya ingin berkongsi pandangan mengenai “peperiksaan” ataupun “examination” ataupun “ujian” ini…
Pada pandangan saya, jika kita masih berfikir bahawa “peperiksaan merupakan penyebab kita tidak sukakan sesuatu subjek, penyebab kita malas belajar, penyebab niat kita lari” maka kesalahannya terletak pada cara kita melihat “peperiksaan” itu sendiri!
Mungkin ada yang mengatakan bahawa, “Peperiksaan tidak penting! Yang penting kita ikhlas dalam menuntut ilmu, dan beramal dengannya ilmu tersebut dengan ikhlas!”
Ya, tidak dinafikan bahawa ilmu, amal, dan keikhlasan itulah yang penting. Namun, dalam konteks hari ini, mahu tidak mahu kita tidak dapat lari daripada menduduki peperiksaan. Malah, sedarkah kita bahawa kehidupan kita sendiri merupakan suatu peperiksaan (yakni ujian)? Bencikah kita pada hidup kita? Nak hapuskan ujian? Hapuskanlah hidup anda…
Apa yang penting adalah untuk kita mengubah cara berfikir agar ujian itu menjadi satu wadah dan pemangkin untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perompak di atas mempersoalkan Imam Al-Ghazali, "Bagaimanakah engkau boleh mendakwa yang engkau telah memperolehi ilmunya?” Begitulah juga saya ingin mempersoalkan diri saya sendiri dan pembaca sekalian, “Bagaimana kita boleh mendakwa kita telah memperolehi ilmu jika kita gagal menjawab peperiksaan dengan baik!?” Adakah ilmu kita di atas kertas? Atau di dada kita? Bagaimana pula boleh mendakwa kita mampu beramal sedangkan ilmu tiada di dada kita? Beramal tanpa ilmukah? Jika amalan juga tiada, di manakah keikhlasan?
Anggapkanlah peperiksaan itu sebagai medan kita menguji ilmu di dada kita! Maka tidak timbul masalah “belajar kerana peperiksaan” memandangkan matlamat sebenar kita bukanlah peperiksaan, sebaliknya ilmu itu sendiri. Peperiksaan hanya sekadar menguji tahap penguasaan ilmu…
Kemudian, kita dikenakan “ujian kehidupan”. Di sinilah amalan kita akan diuji. Jika kita mampu beramal dengan ilmu yang dimiliki, maka “lulus”lah kita. Jika tidak mampu, “gagal”lah kita. Re-sit mungkin ada - yakni apabila Allah uji kita sekali lagi, mungkin dalam bentuk yang sedikit berbeza. Bagaimana dengan keikhlasan? “Markah” keikhlasan akan diketahui di akhirat kelak…
Janganlah hanya kerana peperiksaan, niat belajar kita lari ataupun terganggu sedangkan perkara itu boleh dielakkan. Istiqamahlah dalam menuntut ilmu, jangan biasakan diri dengan study last minute kerana sikap sedemikian pada pandangan saya tidak menggambarkan keikhlasan menuntut ilmu.
Sekadar sebuah pandangan. Mohon diberikan komen, teguran dan pembetulan sekiranya didapati terdapat kefahaman yang salah. Wallahu a’lam… =)
Nota: Kalau tak dapat jawab exam sebab lupa sekali-sekala, tidak mengapalah, kerana sifat manusia memang pelupa. Yang penting, teruskan usaha yang bersungguh-sungguh dan laksanakan sesuatu seikhlas mungkin. ^^
thanks wan..very helpful :)
ReplyDeletetu la org ckp, bnda yang paling susah kita nk buat dlm hidup ini adalah ikhlas. even kalau kita buat sumting tu dgn ikhlas hari ni, esok lusa mungkin kta tiba2 terasa bongkak atau mengungkit smpai bnda tu jd x ikhlas.
erm stuju sgt dgn pndapat ang. ramai kita yg study utk exam, yg jd penyebab ilmu tu x kekal dlm ingatan.kita jdkan exam sbgai ending. habis exam habis la suma. kita x meletakkan exam tu sbgai satu cara nk mendapatkan redha Allah, utk hadapi ending yg lg besar nnt.
bnda ni semua terletak pada diri sniri utk menilai. dan bg aku sbb sistem pembelajaran kita pun ada peranan. kdg2 sistem ni yg menjadikan kita mcm robot yg terpaksa ikut flow yg dah dirancang. contohnya mcm dlm medic, silibus sgt la bulky. dan hari2 penuh dgn assignment. kt india ni pulak lecturer sgt la suka tnya soalan dlm lecturer hall. so yg aku nmpak secara xlangsung student2 akan prepare utk jawab soalan lecturer dlm kelas, utk jaga maruah dpan 150org student yang lain. kt situ pun dah nmpak betapa sistem boleh merobotkan manusia, dan menghilangkan niat ikhlas kita tu.
tp in the end, semuanya bergantung pada mindset. semuanya atas diri kita utk jd lebih flexible hadapi sesuatu perkara dlm hidup. kalau tersalah cara, kita sniri yg akan jdkan diri kita robot. contoh lg, sepanjang hidup ni dah bnyk aku jumpak org yg suka tido dlm kelas time lecturer mengajar. reason, lecturer tu xbes, lecturer ni x bes. once kita dah ada mindset mcm tu, mmg automatically nmpak ja lecturer tu masuk kelas terus kita akan mengantuk.
tu lah kekuatan mindset kita..atau mungkin boleh jd kelemahan..
kdg2 rasa kecewa jugak, sbb rasa hidup ni terlalu terikat. tapi Alhamdulillah, makin lama makin biasa dgn keadaan mcm ni. sbb terlalu bnyk pressure, tiap2 minggu test, exam, aku bnyk belajar bertawakal. mintak Allah permudahkan. mcm yg ang ckp, tugas kita usaha. yg selebihnya kita berserah. so bila jadi sumting, kita jadi lebih snang nk redha. mcm dlm exam pun, kdg2 kita baca tp xingat, kdg2 kita x baca tp bole jawab. sebab semua ilmu tu milik Allah. anytime Dia boleh hilangkan, n anytime Dia bole adakan..
sekadar berkongsi :)
btw teruskan menulis sifu :)
1st commenter yeyyy! :D
salam pak syeikh...
ReplyDeleteaku stuju pendapat ang nie but then, masalahnya bila dari kecik kita dah dilatih oleh masyarakat. hanya yang pandai akan dipandang. dan kepandaian tu dinilai menggunakan exam. sebab tu dari kecik, kalau aku sendiri, kalau dpt ranking yang teruk dlm exam, aku akan tension.
aku tringat satu cerita hindustan yg mengisahkan pasai menda nie.. kalau ang rajin, ang tngoklaa.. even penolong pengarah pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sarankan kita tngok movie nie. 3 idiots. about sorg laki yg mempersoalkan sistem ranking. sistem ranking yg sedia ada sekrang mewujudkan semangat berdaya saing. semangat nie bagus. tapi bila terlalu bersemangat hingga tujuan kita hanyalah untuk emngatasi org lain, tujuan asal sistem ranking itu dah disalah erti. wujudnya org yg tiru, org yg curi answer sheet. sebab apa? juz sebab nk jadi the best. bukannya sebab untuk menuntut ilimu tu sendiri.
pada aku, exam nie baik, tp disebabkan mindset yg ada pada masyarakat kita menyebabkan tujuan asalnya dah lari. exam is not everything. itu yg patut ada pada diri seorg student. yg bernilainya ilmu yg kita dpt dan usaha yg kita letakkan untuk berjaya tu. let say, adilkah org yg score number las dlm exam, tp juz sebab dy sakit time exam. maksudnya ranking tu sendiri bukan lg menunjukkan potensi diri dy yg sebenar. ends up, dy jadi smakin down dan rasa 'kalah'.
mcm di australia nie, aku x sure laa cna mat salleh punya mind set.. tp melayu, stiull dgn mind set, kena dpt the best! dpt high distinction. bru menunjukkan pndai. still aku rasa x appropriate. n even jpa, mara n petronas dan suma yg lain2 pun judge berdasarkan exam. it's unfair. seriesly. bila menda nie terjadi, mmg sah2 dah student hanya study untuk settlekan dgn scholars masing2. las skaly, habes exam. suma ilmu tu hilang. what's the point?
k, that's all my argument. hehe.
sorrylaa kalau berbelit2 cket. aku x pndai nak berhujah sgtlaa... =p
btw, really nice topic u have here.
good job brother! =)
salam
salam wan, good points to be pondered. Instead of publishing your articles in your own blog, perhaps you can try send those them to Islamic portal website. ILuvislam etc.
ReplyDeleteKeep on going! :)
Tahniah, idea2 yang menarik. Suka part ini;
ReplyDeleteRe-sit mungkin ada - yakni apabila Allah uji kita sekali lagi, mungkin dalam bentuk yang sedikit berbeza. Bagaimana dengan keikhlasan? “Markah” keikhlasan akan diketahui di akhirat kelak…
perkongsian yg sgt menarik dan membuka minda..
ReplyDeletekadang2 hati kita sangat senang untuk terlupa matlamat utama kita belajar sbb hati kita ni sentiasa berbolak-balik.
mungkin time dulu2,kita belajar sbb mak ayh suruh, nk lulus periksa,nk dpt no 1 dan banyak lagi.tp,skrg bila kita dah sedar apa sbnarnya yg patut kita niatkn dlm menimba ilmu ni,kita tukarlah perspektif kita yg dulu tu kpd sesuatu yg lebih bermakna dan bernilai..which is menimba ilmu tu semata2 utk mencari redha ALLAH dan berusaha utk memelihara niat tersebut..
sabda nabi saw,
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
hadis riwayat Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi
so,marilah kita sama2 betulkn niat dlm perjuangan kita menimba ilmu dan segala perbuatan kita yg lain.it's WORTH to do everything because of ALLAH..^_^
lastly,great job wan!!..keep up your work!!
smoga perkongsian2 disini mmberi manfaat kpd smua..^^
Bismillahhirrahmanirrahim..
ReplyDeleteAssalammalaikum..
i like what ~izyani~ have said; yg ilmu itu milik Allah, klu kita usaha sekuat manapun, stay up malam back to back, 24 hours menghafal facts dari kulit ke kulit , tapi ilmu itu semua milik Allah, klu Allah tak redha, apa2 pun tak guna. we may think we have remember everything, we know everything, but then when it come to the exam itself, we'r lost.. hilang semua...
so, bila ada orang cakap, tak nak pergi programme nie, tak nak join persatuan nie, tak nak galas this one particular position just because exam dah nak dekat/ tahun nie ak final, 'ak nak fokus' katernyer, (nie dari aspek waktu yee, harap faham, bukan merujuk jikalau seseorg menolak jawatan atas sebab ada org lain lagi layak/ dia sendiri tidak yakin utk menjalankan tugasan tersebut..walahua'alm)..ana rasa macam susah sikit nak terima..
just remember; klu kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita kembali..
satu petikan menarik pernak ana baca...lebih kurang berbunyi begini..
"jikalau peperikasaan itu mengajar ak utk sabar, tawakkal, redha kapada Allah, membuatkan ak bangun malam; solat hajat,bermunajat kepada Allah, menjaga 'tingkah laku' ak bersama guru dan rakan-rakan, mengajar ak utk memanfaatkan masaku dgn perkara2 yg bermanfaat, maka ak tidak nampak kenapa peperiksaan harus ak benci. malah, ak harap lebih banyak peperiksaan dalam hidupku ini~~"
sekadar berkongsi jugaaa... Jzkk..
Salam..waa mantap sahabatku berjaya menghasilkan tulisan jugak..aku ja tak start2 lg..haha
ReplyDeletemmg mantap la ang wan..erm nk komen ek?
1.Idea dan huraian mantap..(kalo boleh santaikan lg dan 'highlight' setiap point)
2.Isu dia , jgn ikut sekularism(pisahkan agama dgn yg lain2..hatta politik..hehe)
mls nak hurai, sbb huraian ang ngn commenter2 da ckup poweer.. =D